Wednesday, February 25, 2009

Peranan Exco Akademik

  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti akademik.
  2. Menyediakan sudut maklumat dan menyediakan khimat tv pendidikan.
  3. Memastikan pelajar dapat menggunakan kemudahan komputer dan akses internet dengan baik.
  4. Memastikan kemudahan-kemudahan berkaitan akademik disediakan di institut dan memastikan pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya kenudahan yang telah disediakan.
  5. Bekerjasama dengan Jabatan Peperiksaan dan Penilaian.
  6. Memohon panduan dan meminta khidmat nasihat dari pihak Jabatan berkenaan untuk kemudahan server internet.
  7. Menjalankan tuisyen dan kelas bimbingan kepada sekolah-sekolah angkat.

Ahli-ahli Jawatankuasa Exco Akademik

Pengerusi Exco Akademik 1 : OOI YANG TEONG
Exco Akademik 2 : CHEW KAR WEI
Setiausaha : CHOO CHIN LEE
Penolong Setiausaha : SIAH CHOON SHONG
Bendahari : OOI YONG LEIK
Penolong Bendahari : GOH HIAN THIAM
AJK Multimedia 1 : FAN RUI JIE
AJK Multimedia 2 : LOO WEI CHIN

Ucapan Pengerusi

Selamat Datang kepada semua yang sedang melayari blog Biro Akademik IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Blog ini dibangunkan oleh ahli jawatankuasa Exco Akademik yang bertujuan memberi pelbagai perkembangan maklumat terkini tentang Exco Akademik kepada semua guru pelatih IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Di sini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa Exco Akademik kerana bertungkus lumus menghasilkan satu blog yang amat berfaedah untuk orang ramai. Syabas dan terus berusaha untuk melaksanakan amanah yang diberikan.
Exco Akademik merupakan salah satu bahagian yang penting di bawah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Tujuan penubuhan Exco Akademik adalah membantu guru-guru pelatih mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan akademik yang terkini. Tambahan pula, Exco Akademik juga turut membantu guru-guru pelatih menguruskan penambahbaikan kelas, meningkatkan mutu Pusat Sumber supaya seiring dengan perkembangan dalam menjadikan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai Pusat Pelancongan Ilmu.
Akhir kata, semoga bahagian Exco Akademik akan terus berusaha dan maju dan haraplah guru-guru pelatih IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan dapat manfaat daripada kita.

Sekian, Terima Kasih!