Selamat Datang kepada semua yang sedang melayari blog Biro Akademik IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Blog ini dibangunkan oleh ahli jawatankuasa Exco Akademik yang bertujuan memberi pelbagai perkembangan maklumat terkini tentang Exco Akademik kepada semua guru pelatih IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Di sini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa Exco Akademik kerana bertungkus lumus menghasilkan satu blog yang amat berfaedah untuk orang ramai. Syabas dan terus berusaha untuk melaksanakan amanah yang diberikan.
Exco Akademik merupakan salah satu bahagian yang penting di bawah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Tujuan penubuhan Exco Akademik adalah membantu guru-guru pelatih mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan akademik yang terkini. Tambahan pula, Exco Akademik juga turut membantu guru-guru pelatih menguruskan penambahbaikan kelas, meningkatkan mutu Pusat Sumber supaya seiring dengan perkembangan dalam menjadikan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai Pusat Pelancongan Ilmu.
Akhir kata, semoga bahagian Exco Akademik akan terus berusaha dan maju dan haraplah guru-guru pelatih IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan dapat manfaat daripada kita.
Sekian, Terima Kasih!
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment