Tuesday, October 6, 2009

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN BIRO AKADEMIK IPGM TENGKU AMPUAN AFZAN SESI 2009

LAPORAN AKTIVITI BIRO AKADEMIK
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009

Pengenalan
Biro Akademik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan adalah salah satu antara lapan biro yang terdapat dalam JPP. Tujuan penubuhan Exco Akademik adalah membantu guru-guru pelatih mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan akademik yang terkini. Tambahan pula, Exco Akademik juga turut membantu guru-guru pelatih menguruskan penambahbaikan kelas, meningkatkan mutu Pusat Sumber supaya seiring dengan perkembangan dalam menjadikan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai Pusat Pelancongan Ilmu.
Objektif
• Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti akademik.
• Menyediakan sudut maklumat dan menyediakan khimat tv pendidikan.
• Memastikan pelajar dapat menggunakan kemudahan komputer dan akses internet dengan baik.
• Memastikan kemudahan-kemudahan berkaitan akademik disediakan di institut dan memastikan pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang telah disediakan.
• Bekerjasama dengan Jabatan Peperiksaan dan Penilaian.

Ahli-ahli Jawatankuasa Exco Akademik
Pengerusi Exco Akademik 1 : OOI YANG TEONG
Exco Akademik 2 : CHEW KAR WEI
Setiausaha : CHOO CHIN LEE
Penolong Setiausaha : SIAH CHOON SHONG
Bendahari : OOI YONG LEIK
Penolong Bendahari : GOH HIAN THIAM
AJK Multimedia 1 : FAN RUI JIE
AJK Multimedia 2 : LOO WEI CHIN


Aktiviti Biro
A) Yang telah dijalankan

1. PERTANDINGAN MENCIPTA KARYA KANAK-KANAK
( Hasil Karya telah dapat seramai sebelas buah, tengah proses untuk dihantar untuk menilai)

B) Yang Belum Dijalankan

1. SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
(Tidak diluluskan lagi)
2. ANUGERAH PENGARAH (PENDIDIKAN)
(Tidak dapat menemu perhimpunan yang sesuai untuk melaksanakan)
3. BENGKEL PENULISAN BERITA
(Tidak diluluskan lagi)

C) Yang Telah Ditangguhkan

1. KELAS TUISYEN KEPADA ANAK-ANAK PENSYARAH DAN STAF
SOKONGAN (masalah yang tidak dapat dielakkan)

No comments:

Post a Comment